
Setiap tahun, kita akan memasang azam untuk mencapai sesuatu. Macam-macam azam yang ada. Ada yang mahu menurunkan berat badan, ada yang ingin mula menyimpan dan menyasarkan simpanan RM10,000, dan ada juga yang berazam mahu berkahwin dua. Hehehe.
Dengan penuh semangat, kita pun membeli planner tahun baharu dan memuat turun aplikasi bajet ke dalam telefon. Macam-macam usaha kita lakukan di peringkat awal.
Tapi…
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Begitulah kebanyakan daripada kita. Bermula dengan semangat membara, namun cepat pudar, sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Kenapa boleh jadi macam tu? Apa masalah kita?
Masalah utama kita adalah terlalu menumpukan perhatian kepada matlamat akhir. Sebagai contoh, kita menetapkan sasaran simpanan RM10,000 pada tahun 2026, walhal pada akhir tahun 2025 kita masih belum mempunyai sebarang simpanan.
Kita menyasarkan simpanan RM10,000 pada akhir tahun 2026, namun pada 1 Januari 2026 kita masih belum mempunyai sebarang simpanan. Ini menunjukkan bahawa amalan menyimpan belum menjadi tabiat kita. Apabila sesuatu itu bukan tabiat, usaha untuk kekal konsisten sepanjang tahun menjadi lebih mencabar. Lagipun, sebagai manusia biasa, pasti terdapat pelbagai halangan yang perlu ditempuhi dalam usaha mencapai matlamat tersebut.
Jadi, guru aku pernah mengajar satu peraturan yang sangat mudah untuk diamalkan. Peraturan ini tidak membebankan dan boleh dilakukan secara berperingkat, sambil membantu membina tabiat menyimpan duit.

Rule 1%, Atomic Habit
Bina amalan menyimpan terlebih dahulu. Mulakan dengan simpanan RM100 sebulan. Apabila menyimpan RM100 sebulan sudah tidak lagi membebankan, barulah jumlah simpanan ditingkatkan kepada nilai yang lebih tinggi.
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
InsyaAllah, bila kita dah berjaya jadikan menyimpan duit sebagai tabiat kita. Nak simpan berapa pun kita boleh. RM10,000 setahun pun tak de masalah. InsyaAllah..
Jom kita mulakan habit menyimpan duit.
Jom….
#KamilJamaluddin
#BapakCubaTabiatMenyimpan
