My Journey

Target…Target 2026

Ramai daripada kita semua mesti ada letakkan target untuk kita capai pada tahun 2026. Aku pun sama juga. Ada target yang aku tetap kan untuk aku capai pada tahun 2026. Kesihatan, kewangan, kerjaya, unit trust, trading, penulisan dan tak lupa juga target aku sebagai hamba Allah s.w.t.

Secara asasnya, aku nak capai dalam banyak perkara, Antaranya adalah :

  1. Berjaya turun kan berat badan aku dari berat 107kg kepada 90kg pada 31 December 2026.
  2. Berjaya improve cash flow aku kepada positive cash flow pada 31 December 2026
  3. Berjaya drive funnel project dengan memastikan 260,000 port dapat di realisasikan pada 31 December 2026
  4. Berjaya consult cust untuk capai target kewangan mereka dalam tempoh masa yang mereka kehendaki dan juga bawa pelaburan baru sebanyak RM1 juta dalam portfolio yang aku jaga pada 31 December 2026\
  5. Berjaya grow portfolio aku sebanyak 10% pada 31 December 2026
  6. Membaca 12 buku dan berjaya menulis secara konsisten dalam website aku ni dan hasilkan sekurang-kurangnya 180 penulisan pada 31 December 2026
  7. Paling penting untuk aku tahun 2026 adalah untuk jadi hamba Allah s.w.t yang lebih baik, lebih patuh serta amalkan “Amar ma’ruf nahi munkar” iaitu maksudnya adalah menyeru kepada kebaikan (ma’ruf) dan mencegah kemungkaran (munkar).

Semoga di permudahkan

Saban tahun, memang aku letakkan satu target yang aku nak capai pada tahun tersebut. Ada tahun yang sangat productive. Ada tahun yang biasa-biasa je dan ada juga tahun yang tak perform langsung. Walaupun apa yang dah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.

Bagi aku, yang lepas dah berlalu pergi. Masa depan je yang kita perlu tempuhi. Jadi, keutamaan aku adalah hadapi masa sekarang dan cuba yang terbaik untuk capai apa yang aku telah tetap kan.

InsyaAllah…dengan rancangan yang baik, usaha yang berterusan dan keizinan dari Allah s.w.t. Aku percaya, aku boleh capai apa yang aku telah tetapkan.

InsyaAllah….

Jom kita bersama-sama untuk cuba berusaha dengan gigih untuk kita capai target yang kita tetapkan untuk tahun 2026. Jom kita….

#KamilJamaluddin

#BapakMenulis

Leave a comment