
Tahun yang berombak.
Itu yang aku dapat simpulkan apa yang berlaku pada tahun 2025. Penuh cabaran. Penuh dugaan. Bermula dengan sangat baik. Tapi berakhir dalam keadaan yang perit.
Tahun 2025 bermula dengan aku berjaya di sahkan jawatan aku sebagai Manager. Jawatan yang aku idam kan semenjak aku masuk kerja di Syarikat Telco ni dari tahun 2009 lagi. Lepas tu, tahun 2025 juga aku berjaya jejak kaki ke Kota Mekah dan Kota Madinah untuk mengerjakan umrah. Keadaan kewangan aku dalam keadaan positive. Kesihatan aku pun agak baik.
Ingat kan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Itu lah yang aku boleh gambarkan perjalanan aku pada tahun 2025.
Masuk je bulan Mac 2025, isteri aku sakit. Dia sakit berkaitan saraf. Nama penyakit dia ADEM (Acute Disseminated Encephalomyelitis). Di mana antibody dia tak bekerja dengan betul. Sepatutnya antibody dia attack kuman tapi antibody dia attack sel saraf. Bila kena attack, wife aku akan kejang di bahagian kanan dia. Sakit wei…
Di sebabkan ini. Aku jadi tak keruan. Mental aku down. Aku banyak salahkan keadaan. Malah, aku asyik salahkan isteri aku tanpa sedar. Sebab dia sakit, aku tak boleh nak ambil VSS dan gagal capai target aku sama ada kerjaya atau pun dunia kewangan.
Di sebabkan mental dan mindset aku negative macam ni. Aku tak berusaha betul-betul untuk capai target. Aku letakkan penyakit isteri aku sebagai satu alasan kenapa aku tak boleh dapat ni, dapat tu.
Aduh…teruk betul aku. Semoga aku di ampun kan oleh Allah s.w.t
Dalam bulan Nov 2025, aku tersedar yang aku ni dah jauh dari track perubahan yang aku nak lakukan. Aku cuba bersangka baik dengan Allah s.w.t. Mungkin DIA nak uji aku. Uji kesabaran aku.
Di sebabkan apa yang berlaku, aku telah ubah sedikit apa yang aku nak jadi pada umur 45 tahun nanti. Asalnya aku nak VSS dan focus 100% dalam dunia kewangan. Tapi aku tak boleh. Sebab utama, aku perlukan kemudahan perubatan yang Syarikat tempat aku bekrja bagi. Kemudahan itu aku dapat bantu isteri aku dapatkan rawatan dari doctor pakar di hospital swasta.
Bukan tak de medical card. Tapi medical card wife aku pelan lama. Coverage tak banyak. Jadi aku bergantung harap dengan kemudahan perubatan ini. Kepada pembaca, jika korang masih sihat. Cari lah jalan untuk ambil polisi Takaful Medical Card yang terkini. Bila dah sakit, dah terlambat.
Tak pe lah…aku ubah sikit hala tuju hidup aku.
Walau apa yang berlaku pada tahun 2025. Aku tetap bersyukur kepada Allah s.w.t. Aku berjaya mendaki dalam career aku dari non executive kepada level manager.Bukan semua orang dapat peluang macam ni.
Alhamdulillah

Aku juga berjaya jejak kaki di Kota Mekah dan Kota Madinah untuk buat umrah. Tak sangka wei…Dengan duit yang terhad. Tapi aku dan isteri dapat juga jejak kaki di sana. Terima Kasih ya Allah kerana jemput kami berdua.
Alhamdulillah

Tahun ni juga aku berpeluang ikut trip Principal ke Bali, Indonesia. Trip ni punya lah best. Layanan kepada kami semua sangat best. Di samping aku enjoy the trip, aku berpeluang belajar strategy macam mana nak urus portfolio client-client aku. Ada 2, 3 strategy yang aku boleh guna. InsyaAllah, aku akan guna kan bagi bantu semua client aku capai target kewangan mereka.
Alhamdulillah

Dalam kerjaya aku pula, aku berpeluang mewakili bos aku ke Sarawak sebanyak 2 kali, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah. Mewakili bos aku untuk meeting dengan region berkaitan dengan project pada tahun 2026. Aku juga berpeluang untuk join activity sales dan boot camp team sales di Ipoh, Parit Buntar, Teluk Intan, Sungai Buloh dan Kedah. Pengalaman ini sangat best dan aku tak kan lupakan.
Alhamdulillah
Aku juga berpeluang join dengan team sales 2 sesi engagement dan workshop di Port Dickson dan Janda Baik. Banyak yang aku belajar dari kedua-dua program ni. Aku juga berpeluang untuk join Ceramah Agama anjuran Bakit di Kuantan, Pahang. Banyak yang aku belajar sewaktu di sini.
Alhamdulillah
Nampak tak? Aku duk merungut je. Salahkan keadaan. Salahkan isteri aku. Sedangkan, banyak je nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada Aku pada tahun 2025. Banyak….
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Moving forward. Aku cuba berubah menjadi lebih baik pada tahun 2026. Demi aku sendiri, anak-anak aku, isteri aku dan juga ibu bapa aku. Aku nak jadi versi Kamil Jamaluddin yang berbeza pada tahun 2026 ni. InsyaAllah
Semoga usaha aku di permudahkan….
Sayonara 2025, Welcome 2026
#KamilJamaluddin
#BapakMenulis
